1. Kalau
tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat
"iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu
kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat
masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan
surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam
urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada
Allah untuk menjaganya.
2. Pandang
wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang
soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan
rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa
bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik
dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu
dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang
hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu
Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta
dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah.
Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita
akan merana di Alam Barzakh nanti.
5. Peluklah
anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa
kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga
mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan
anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah
diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita
dimasa lampau.
7. Yang
paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang
boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata,
cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah
padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud
membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan
membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita
termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku!
Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu
ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran
sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang
cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa
basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama
dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana
anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana
engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam
org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati
jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
via : Prof.
Dr. Muhaya
#silakan
share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah
No comments:
Post a Comment