Monday, November 3, 2008

Astaghfirullah

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang dudukbersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke alam masjiddengan menangis.Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda punberkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orangmuda itu,"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidakada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.

"Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah mengikuti orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat punpergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T,kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu,"Sebenarnya ayahku ini tidak mau mengerjakan shalat."Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,lihatlahkeadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan bangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka coba membunuh ular itu. Apabila mereka coba untuk membunuh ular itu, maka berkata ulartersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammad Rasulullah, mengapakahkamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya,"Apakah kesalahan yang telah dilakukan olehmayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya:

1. Apabila dia mendengar azan dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mau keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mau mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Sunday, November 2, 2008

SPM makin hampir.........

SPM 2008 tinggal 7 hari lagi....
Macam mana persediaan calon-calon spm 2008 ni... dah bersedia ke belum,
sedia atau tak jangan panik teruskan momentum, jangan sesekali mengalah.
Ingat usaha itu penting dan doa juga penting.
DOA ITU PENTING.
Janganlah melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu tumpuan anda.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2008
'PHYSICS IS EASY'
***25 Nov. 2008 : 4531***

Thursday, October 30, 2008

Majlis Kesyukuran Kenaikan Pangkat Ustaz Hafizi


30hb Oktober 2008, Unit Asrama telah mengadakan majlis kesyukuran sempena kenaikan pangkat guru asrama Ustaz Hafizi menjadi Ketua Jabatan DG44 di Kolej Profesional MARA, Kuantan, Pahang. Pada masa yang sama kami turut meraikan kenaikan pangkat Ustaz Ikhwan sebagai Timbalan Pengetua di MRSM Alor Gajah, Melaka. Tahniah kepada mereka berdua, walaupun pada masa yang sama sedih bila mengenangkan kehilangan guru asrama yang berdedikasi. Walaubagaimanapun selamat bertugas di tempat baru kepada kedua-dua ustaz ini.




Majlis Restu SPM 2008
















Pada 23 Oktober 2008, MRSM Muadzam Shah telah mengadakan Majlis Restu. Antara acara yang telah diadakan ialah Solat Hajat yang diimamkan oleh bekas pengetua MRSM Muadzam Shah yang pertama Ustaz Wan Yusof. Selain itu ada majlis khatam Quran dan ucapan dari wakil pelajar (Presiden BWP), wakil guru (Ustaz Ikhwan) dan wakil ibubapa (En. Mohamad - YDP Muafakat). Kepada semua pelajar-pelajar calon SPM 2008, cikgu restui segala ilmu yang telah cikgu ajar dan jangan lupa doa sentiasa kepada Allah s.w.t.





Unit Fizik MRSM Muadzam Shah 2008


Kami dari Unit Fizik MRSM Muadzam Shah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin


Monday, October 27, 2008

Majlis Aidilfitri MRSM Muadzam Shah
















SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari warga MRSM Muadzam Shah.

Majlis telah disambut pada 18 Syawal 1429 bersamaan 18 Oktober 2008 di Dewan Budiman. Meriah sungguh dengan persembahan pelajar, makanan yang banyak dan pelajar-pelajar cikgu yang comel-comel dan hensem-hensem belaka.

Sunday, October 12, 2008

Jamuan Raya BLOK ASPURA F, G dan H






Pada 11 oktober malam tu, blok aspura F, G dan H telah mengadakan jamuan raya. Besar jugak jamuan ni sebab membabitkan modal yang besar dan jugak kuantiti lauk yang banyak. Cikgu dan guru-guru asrama yang lain telah dijemput pada malam tu....TQ. Dari sumber yang boleh dipercayai, katanya Ayam 34 ekor, Daging 15 Kg dan Kerang 20 Kg. Menu malam tu adalah ayam bakar, daging bakar, kerang bakar dan jugak nasi goreng (nasib baik bukan nasi bakar....hehehe...). Chefnya Cikgu Khairul Azhar kan Terima kasih daripada cikgu kepada semua ahli blok F, G dan H. Strive 4 all As.

Jamuan Raya Tingkatan 5 Al Idrisi



Pada 11hb Oktober lepas, Kelas 508 telah mengadakan jamuan raya. Mereka telah menjemput cikgu sekeluarga. Tetapi hanya cikgu yang dapat hadir. Dia orang ni buat jamuan kat belakang PSP, makan nasi goreng dan ayam bakar. Modal jamuan ni adalah dari duit hadiah yang mereka dapat bagi kategori subjek terbaik mengikut kelas. 4 subjek yang 'highest'nya adalah kelas 508 ni. Salah satunya subjek FIZIK. Sejuk perut cikgu yang mengajar subjek fizik tu....

Majlis Berbuka Puasa @Farah Aini House




Pada 24 September yabg lepas cikgu dan semua anak-anak homeroom cikgu pergi berbuka puasa di rumah Farah Aini kat Desa Dahlia, Muadzam Shah. Banyak jugak emak Farah ni masak, tak habis kami makan. Pada masa tu, selain kami adik-beradik Farah Aini yang lain jugak ada balik. Ramailah ket rumah tu.....

Friday, October 10, 2008

Lafarge Cement (formerly known as Tasek Cement) kat Sg Siput, Ipoh, Perak.





Semasa cikgu on the way ke Sg Siput untuk kenduri kawan, cikgu ada melalui kilang membuat simen. Besar betul kilang ini. Ini 1st time cikgu lihat kilang yang amat besar ini dan pandangannya amat menggerunkan. Simen diproses daripada batu kuari berhampirannya iaitu di seberang jalannya. Ada rel keretapi khas yang melalui kilang ini. Kagum cikgu melihatnya. Pembaca boleh melihat gambar kilang ini yang cikgu ambil.

SALAM AIDILFITRI




Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Emak & Ayah, Kak Moh, Kak Mah, Kak Nie, Dibah, semua rakan-rakan guru di MRSM Muadzam Shah dan semua yang mengenali.
HIDUP INI HANYA PINJAMAN
ISTERI HANYALAH PINJAMAN DARI ALLAH
ANAK JUGA ADALAH PINJAMAN DARI ALLAH
JAGALAH, HIASILAH PINJAMAN INI SEBAIKNYA.
JIKA PEMIMJAMNYA BERKECIL HATI MAKA SIAPALAH KITA DISISINYA

Thursday, October 9, 2008

BERAYA di Kelantan



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN


Gambar raya bersama keluarga tercinta di Kampung Dusun, Kota Bharu, Kelantan.

Perkahwinan Cikgu PJK MRSM MZMS



Tanggal 4 Oktober 2008 bersamaan 4 Syawal 1429H, cikgu PJK mrsm cikgu, En Saiful dan Pn Wan Juliza (kedua-duanya cikgu PJK di mrsm cikgu..... bertuah mereka) telah selamat diijabkabulkan di Sungai Siput, Perak. Cikgu telah pergi ke rumah mereka kat Ipoh tu. Senyum memanjang kedua mempelai ni..... bahagia rasanya dapat melihat kawan cikgu mendirikan rumahtangga. Semoga perkahwinan mereka diberkati Allah s.w.t. Amin.

Menu Raya di Kelantan









SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG cikguhafizan



Masa raya kat kampung hari tu cikgu nak berkongsilah beberapa menu istimewa raya orang KELATE.


Antaranya adalah NASI KAPIT (atau ada orang panggil nasi himpit atau impit). Tapi yang ni istimewa betul sebab nasinya betul-betul dikapit selama semalaman oleh bekas beras.


Selain itu cikgu juga suka makan PULUT LEPOR (atau dipanggil pulut panggang). Pulut ini istimewa sebab ianya dibuat sendiri. Isteri cikgu pun turut ama membantu membungkus pulut lepor ni. Banyak jugak mak cikgu buat. Isteri cikgu punyalah suka makan pulut ni......best katanya. Ada juga pakat-pakat buat kuah kacang, rendang ayam, goreng lodeh kacang dan jugak rendang kerang (23kg kerang dibuat lengoh jari mengopeknya).

Wednesday, October 8, 2008

Majlis Berbuka Puasa Ibnu Fadhlan




Majlis Berbuka Puasa ni anjuran unit homeroom mrsm muadzam shah. Suka anak-anak homeroom cikgu dapat berbuka bersama. Selain makanan dari DS, kami ada juga makanan dari bazaar ramadhan....... semoga program ini akan dijadikan program tahunan. Kepada semua anak-anak homeroom cikgu ingatlah, kalau sebatang senang patah tetapi kalau segenggam susah dipatahkan.

Jamuan Berbuka Puasa Unit Asrama








Ramadhan dah berlalu, terasa sekejap masa berlalu. Sepanjang bulan ramadhan kali ini sebagai KGA (Ketua Guru Asrama) amat mencabar rasanya. Walaubagaimanapun cikgu harungi jua dengan penuh rasa tanggungjawab. Alhamdulillah guru-guru asrama lain serta pihak atasan menyokong bersama-sama. Pada 25 Ramadhan lepas unit asrama telah mengadakan majlis berbuka puasa. Majlis ini asalkan nak buat kat kafe tapi ada masalah teknikal pindah secara 'emergency' dengan ehsan pengetua ke bilik mesyuarat. (Best jugak ada aircond). Thank you BOSS. SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN.

Tuesday, September 9, 2008

KEMERDEKAAN





Merdeka! Merdeka! Merdeka! dah 51 tahun


Malaysia merdeka. Bagaimana dengan kita merdekakkah kita dari segalanya. Cikgu harap kita semua akan cuba memerdekakan diri kita dari segala sifat-sifat buruk kearah kebaikan.






Di sekolah cikgu, pada malam ambang 31 ogos 2008 telah mengadakan sambutan kemerdekaan. Untuk menghayatinya kami malam tu makan makanan pada zaman sebelum merdeka (agaknya.....) Lihatlah gambar juadah tu, ada pisang rebus, pulut tanak, ikan kering dan ubi rebus. Anak-anak homeroom cikgu belasah jer semua ni..... best dia orang cakap..... First time rasa juadah macam ni.....




Pada detik 12 kami sama-sama melaungkan MERDEKA! bersama-sama dengan Pengetua dan Timbalan-timbalan pengetua sekolah. Patriotik betullah mereka ni.....




SELAMAT BERPUASA DAN MERDEKA DARI SEGALA NAFSU

Salam Aidilfitri dari Perantauan #rayadirumah #stayathome #staysafe