Friday, February 23, 2018

TIPS SIHAT: 7 Kulit Buah Yang Miliki Manfaat Menakjubkan Untuk Tubuh

Seringkali semasa anda memakan buah, anda akan mengambil isinya dan membuang kulitnya. Namun, tahukah anda, kulit buah juga menyimpan manfaat kesihatan yang tersendiri.

Dipetik dari thehealthsite.com, kami senaraikan 7 jenis kulit buah yang masing-masing memiliki manfaatnya kepada kesihatan.

1. KULIT OREN

Kulit oren merupakan pilihan baik untuk menurunkan berat badan. Kulit oren juga berfungsi sebagai ‘scrub’ dan pemutih alami kulit. Memakan kulit oren turut berguna untuk memperbaiki kesihatan mulut, memulihkan masalah pernafasan, dan mencegah sembelit.

2. KULIT PISANG


Tahukah kamu bahawa bahagian dalam kulit pisang dapat digunakan untuk memutihkan gigi? Selain itu, anda juga boleh menggosok kulit pisang ke tumit yang kering atau pecah-pecah untuk membuatnya halus kembali.

3. KULIT DELIMA

Sama seperti isi buahnya, kulit buah delima juga berguna bagi kesihatan tubuh seperti mencegah jerawat, mencegah kelemumur, memberikan perlindungan terhadap jantung, menguatkan tulang, dan mencegah sakit gigi.

4. KULIT SEMANGKA

Bahagian putih dari kulit semangka begitu kaya nutrisi. Anda juga boleh membersihkan kulit dengan bahagian putih dari kulit semangka.

5. KULIT TIMUN

Banyak kulit timun dibuang, bagaimanapun bahagian ini kaya dengan antioksidan dan nutrisi. Kulit timun juga tinggi kandungan serat, namun rendah kalori. Sehingga sangat sesuai digunakan sebagai makanan sihat untuk menurunkan berat badan. Kandungan vitamin A dan vitamin K di dalamnya berguna untuk menguatkan tulang, mencegah penggumpalan darah, dan menajamkan daya penglihatan.

6. KULIT EPAL

Tidak diragukan lagi bahawa buah epal begitu kaya nutrisi. Begitu pula dengan kulitnya. Kulit epal mengandungi flavonoid, zat yang dikatakan boleh menghancurkan sel barah dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Kulit epal juga kaya dengan asid folat yang dapat mengurangkan kegemukan dan komplikasi kesihatan.

7. KULIT LEMON

Kulit lemon memiliki begitu banyak manfaat sehat seperti berguna untuk membersihkan kulit, menurunkan berat badan, mencegah masalah mulut, dan memperbaiki kesihatan tulang. Kulit lemon juga mengandungi salvestrol Q40 dan limonene, yang dapat menghilangkan toksin dari dalam tubuh dan meredakan tekanan.

Kredit untuk channel telegram @iktibar

JAGA MATA, PELIHARA KEMALUAN

Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Kepada cikgu-cikgu sains boleh gunakan ayat Al Quran ini dari Surah An Nur Ayat 30 sebagai set induksi sebelum memulakan topik Pembiakan dalam subjek Sains. Semoga dapat membantu pelajar kita dari segi akhlaknya selain menimba ilmu pengetahuan dalam bidang sains.

Kredit kepada www.SofyanRuray.info

Salam Aidilfitri dari Perantauan #rayadirumah #stayathome #staysafe