Showing posts with label herbalife. Show all posts
Showing posts with label herbalife. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

Jom makan pisang...

 

Kelebihan Pisang Yang Anda Tidak Tahu.

1. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi: sukros, fructose, dan glukos yang tergabung dengan serat. Pisang membekal tenaga segera yang tinggi dan berpanjangan
2. Kajian membuktikan dengan hanya 2 biji pisang sahaja sudah mencukupi untuk tenaga bagi 90 minit (1 1/2jam) senaman bina badan.
3. Pisang juga berupaya membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar penyakit dan pertahanan badan jika ia dijadikan makanan kemestian diet anda.
4. Membantu mengurankan stress. Pisang mengandungi Tryptophan, sejenis protin yang mana badan anda akan menukarnya menjadi Serotonin. Serotonin adalah hormone yang merangsang anda menjadi tenang, meningkatkan mood dan secara amnya serotonin membuat anda gembira.
5. Membantu mengurangkan Anemia. Zat besi yang tinggi dalam pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu mengurangkan kes anemia (kurang darah merah).
6. Menstabil tekanan darah. Buah-buahan tropika unik ini potassium tapi rendah garam, menjadikan ia sempurna untuk menurunkan tekanan darah, sekali gus mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok.
7. Merangsang kekuatan minda. Kajian telah membuktikan bahawa buah yang lengkap dengan Potassium ini sangat mencerdaskan dan menajamkan kepekaan minda.
8. Menelak sembelit. Serat yang tinggi didalam pisang membantu memulihkan pencernaan dan usus yang normal dan mengelak sembelit.
9. Memulih tenaga. Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan memblender pisang bersama susu dan madu. Pisang menenangkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi anda.
10. Mengurang pedih ulu hati. Pisang bertindak sebagai agen anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan pisang untuk mengurangkannya.
11. Mengurangkan alahan (Morning Sickness). Menjadikan pisang sebagai pembuka selera atau pembasuh mulut sebelum makan, akan membantu mengimbangi kadar gula dalam badan dan ini dapat mengelakkan anda loya dan pening pening waktu pagi khususnya ibu ibu mengandung.
12. Ubat gigitan nyamuk. Jarang orang tahu tapi ia adalah benar. Sebelum menyapu krim Mopiko, cuba sapukan dulu kulit pisang (bahagian dalam kulit pisang) Cara ini adalah tradisi orang Chile bagi mengurangkan bengkak dan kerengsaan dari gigitan nyamuk dan serangga kecil.
13. Mengurangkan debaran. Orang Kelantan panggil kenaleng. Pisang yang kaya dengan vitamin B berupaya membantu menenangkan jantung yang sering berdebar.
14. Membantu pesakit Ulser Usus. Pisang baik digunakan sebagai makanan pengidap Ulser Usus kerana ia berserat dan lembut. Ia adalah buahan boleh disediakan walaupun pengidap yang kronik. Ia juga meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan dalam usus.
15. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai empat kali ganda protein, dua kali karbohidrat, tiga kali fosforus, lima kali vitamin A dan zat besi, dan dua kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik.
16. Ketika ditanya tentang diet Salustiano Sanchez-Blazquez iaitu lelaki tertua yang memegang Guinness World Records menjawab ia selalu makan pisang sebiji setiap hari.

- Sumber: Eyes Popping

Saturday, November 23, 2013

Herbalife Products - Nutritional Shake F1

  • Ini ada produk gantian makanan atau dikenali 'MRP-Meal Replacement Product'
  • Rasanya sedap dan mempunyai 5 perisa iaitu Vanilla, Coklat, Strawberi, Cappuciono dan Tropical Fruit.
  • Ianya amat bertenaga dan menghilangkan kelaparan
  • Amat bagus untuk orang yang menghidap asma, arthritis, skin eczema dan masalah lutut

  • Nutrisi seimbang yang ada dalam Shake F1

    
     
    Makanan seharian kita belum tentu akan ada semua khasiat ini.
    Saya ambil Shake F1 ini setiap pagi sarapan dan waktu malam. Waktu makan tengahari makan seperti biasa. Alhamdulillah badan rasa lebih bertenaga disamping dapat mengurangkan berat badan.
     
    Kalau nak cuba boleh CALL/PM/WHATSAPP saya 013-9815337

    Saturday, November 16, 2013

    Badan sihat dengan Herbalife 2

    Assalamualaikum...
    Apa khabar semua, cikgu nak sambung kisah cikgu dengan Herbalife. Alhamdulillah berat badan cikgu makin berkurang. masa mula-mula guna produk ni dulu berat badan cikgu 81.5kg dan sekarang dah berkurang menjadi 75Kg. Badan pun rasa lebih sihat, baju-baju yang saiz L semuanya dah longgar dan seluar cikgu pun dah longgar... Cuti ni nampaknya kena beli seluar lebih sikit.

    Produk Herbalife ini amat membantu cikgu tentang pemakanan yang sihat. kalau dahulu semua makanan nak makan dan makan pulak selagi perut tal 'full' selagi itulah makan tetapi sekarang makan sedikit pun dah rasa 'full'. Makanan yang hendak dimakan pun cikgu pilih. Kalau  boleh yang rendah lemak dan berkhasiat.



    Setiap kali cikgu makan nak dapatkan makanan yang lengkap dan seimbnag memanglah susah. Biasanya menu makan tengahari cikgu ayam goreng+kuah kari+nasi+sayur goreng.

    Sayur pun berminyak, ayam pun digoreng dengan minyak. Oleh yang demikian pengambilan nutrisi dari Herbalife Nutritious Shake membantu menyeimbangkan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Setiap hari paling kurang cikgu akan ambil sekali Shake samada padi atau malam. Berat badan pun dah 'maintain' sekarang ni. Sasaran cikgu adalah 68Kg insyaalaah satu hari nanti.

    KESIHATAN PENTING UNTUK KESEJAHTERAAN KELUARGA.

    JOM SIHAT BERSAMA HERBALIFE call or pm cikgu 013-9815337

    Monday, September 16, 2013

    Badan sihat dengan Herbalife

    Assalamualaikum wrt.
    Apa khabar... Dah 2 tahun tak menulis blog ini. Sibuk memanjang tak tahu apa yang disibukkan. Mungkin sebab keluarga dah bertambah ni tak sempat nak menulis blog. Facebook pun jarang-jarang. Disini cikgu nak berkongsi satu perkara berkaitan kesihatan, bukan nak promo tapi nak kongsi.


     
     
    Herbalife Official Site
     

    Herbalife.
    Cikgu rasa ramai orang tahu apa dia Herbalife. Cikgu dah 2 minggu mengamalkan diet bersama Herbalife. Alhamdulillah badan rasa makin sihat dan setiap pagi memulakan hari dengan penuh bertenaga. Badan rasa ringan semasa bangkit dari tidur. Cikgu bukan nak bercerita pasal Herbalife tetapi nak berkongsi tentang kesedaran pemakanan sihat. Sejak 2 minggu lepas kesedaran tentang makanan sihat telah semakin bertambah. Pada mulanya memanglah susah nak melawan rutin makanan seharian yang amat tinggi kalori sedangkan pekerjaan cikgu tidak memerlukan kalori yang sebegitu tinggi. Namun demi anak-anak tersayang cikgu kuatkan juga semangat.

    Nanti cikgu sambung...

    Salam Aidilfitri dari Perantauan #rayadirumah #stayathome #staysafe