Friday, October 10, 2008

SALAM AIDILFITRI




Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Emak & Ayah, Kak Moh, Kak Mah, Kak Nie, Dibah, semua rakan-rakan guru di MRSM Muadzam Shah dan semua yang mengenali.
HIDUP INI HANYA PINJAMAN
ISTERI HANYALAH PINJAMAN DARI ALLAH
ANAK JUGA ADALAH PINJAMAN DARI ALLAH
JAGALAH, HIASILAH PINJAMAN INI SEBAIKNYA.
JIKA PEMIMJAMNYA BERKECIL HATI MAKA SIAPALAH KITA DISISINYA

Thursday, October 9, 2008

BERAYA di Kelantan



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN


Gambar raya bersama keluarga tercinta di Kampung Dusun, Kota Bharu, Kelantan.

Perkahwinan Cikgu PJK MRSM MZMS



Tanggal 4 Oktober 2008 bersamaan 4 Syawal 1429H, cikgu PJK mrsm cikgu, En Saiful dan Pn Wan Juliza (kedua-duanya cikgu PJK di mrsm cikgu..... bertuah mereka) telah selamat diijabkabulkan di Sungai Siput, Perak. Cikgu telah pergi ke rumah mereka kat Ipoh tu. Senyum memanjang kedua mempelai ni..... bahagia rasanya dapat melihat kawan cikgu mendirikan rumahtangga. Semoga perkahwinan mereka diberkati Allah s.w.t. Amin.

Menu Raya di Kelantan









SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG cikguhafizan



Masa raya kat kampung hari tu cikgu nak berkongsilah beberapa menu istimewa raya orang KELATE.


Antaranya adalah NASI KAPIT (atau ada orang panggil nasi himpit atau impit). Tapi yang ni istimewa betul sebab nasinya betul-betul dikapit selama semalaman oleh bekas beras.


Selain itu cikgu juga suka makan PULUT LEPOR (atau dipanggil pulut panggang). Pulut ini istimewa sebab ianya dibuat sendiri. Isteri cikgu pun turut ama membantu membungkus pulut lepor ni. Banyak jugak mak cikgu buat. Isteri cikgu punyalah suka makan pulut ni......best katanya. Ada juga pakat-pakat buat kuah kacang, rendang ayam, goreng lodeh kacang dan jugak rendang kerang (23kg kerang dibuat lengoh jari mengopeknya).

Wednesday, October 8, 2008

Majlis Berbuka Puasa Ibnu Fadhlan




Majlis Berbuka Puasa ni anjuran unit homeroom mrsm muadzam shah. Suka anak-anak homeroom cikgu dapat berbuka bersama. Selain makanan dari DS, kami ada juga makanan dari bazaar ramadhan....... semoga program ini akan dijadikan program tahunan. Kepada semua anak-anak homeroom cikgu ingatlah, kalau sebatang senang patah tetapi kalau segenggam susah dipatahkan.

Jamuan Berbuka Puasa Unit Asrama








Ramadhan dah berlalu, terasa sekejap masa berlalu. Sepanjang bulan ramadhan kali ini sebagai KGA (Ketua Guru Asrama) amat mencabar rasanya. Walaubagaimanapun cikgu harungi jua dengan penuh rasa tanggungjawab. Alhamdulillah guru-guru asrama lain serta pihak atasan menyokong bersama-sama. Pada 25 Ramadhan lepas unit asrama telah mengadakan majlis berbuka puasa. Majlis ini asalkan nak buat kat kafe tapi ada masalah teknikal pindah secara 'emergency' dengan ehsan pengetua ke bilik mesyuarat. (Best jugak ada aircond). Thank you BOSS. SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN.

Tuesday, September 9, 2008

KEMERDEKAAN





Merdeka! Merdeka! Merdeka! dah 51 tahun


Malaysia merdeka. Bagaimana dengan kita merdekakkah kita dari segalanya. Cikgu harap kita semua akan cuba memerdekakan diri kita dari segala sifat-sifat buruk kearah kebaikan.






Di sekolah cikgu, pada malam ambang 31 ogos 2008 telah mengadakan sambutan kemerdekaan. Untuk menghayatinya kami malam tu makan makanan pada zaman sebelum merdeka (agaknya.....) Lihatlah gambar juadah tu, ada pisang rebus, pulut tanak, ikan kering dan ubi rebus. Anak-anak homeroom cikgu belasah jer semua ni..... best dia orang cakap..... First time rasa juadah macam ni.....




Pada detik 12 kami sama-sama melaungkan MERDEKA! bersama-sama dengan Pengetua dan Timbalan-timbalan pengetua sekolah. Patriotik betullah mereka ni.....




SELAMAT BERPUASA DAN MERDEKA DARI SEGALA NAFSU

Salam Aidilfitri dari Perantauan #rayadirumah #stayathome #staysafe