Tuesday, June 23, 2009

Anakku Sazali

Untuk anak-anak pelajar dan rakan-rakan guru........ renungilah...............................
Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
Anakku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia...
BEGITU puitis lirik lagu Anakku Sazali ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Baitnya syahdu dan menyentuh jiwa, membayangkan keakraban hubungan dan kasih tidak berbelah bahagi antara seorang bapa dan anak.
Kasih bapa kepada anak melebihi segalanya.
Jasanya tidak terhitung, cuma semua itu sukar dimengertikan si anak, sehinggalah suatu hari kelak giliran anak pula bergelar bapa.
Islam meletakkan bapa pada kedudukan yang tinggi dan menjadi kewajipan setiap anak memuliakan bapa, mentaati dan menghormatinya, berbuat baik dan berkata dengan sopan.
“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.
“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)
Teks al-Quran itu mengajar manusia melayani orang tua.
Tetapi sejauh mana ketaatan itu?
Apakah pula yang dikatakan kebajikan terhadap orang tua?
MUHASABAH LAH, CERMIN LAH, DIMANA KITA..........................

1 comment:

UnGu VioLet said...

salam cikgu.. salam kenal.. cikgu nie mengajar di sekolah mane yer? sebab mar nie di Uk.. skrg tgh bt thesis.. ingat, klu cikgu ade contact cikgu2 lain.. utk bt kaji selidik untuk thesis.. thanks.. please respond.. come n visit my blog.. thanks..

Salam Aidilfitri dari Perantauan #rayadirumah #stayathome #staysafe