Tuesday, December 3, 2013

Jom makan pisang...

 

Kelebihan Pisang Yang Anda Tidak Tahu.

1. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi: sukros, fructose, dan glukos yang tergabung dengan serat. Pisang membekal tenaga segera yang tinggi dan berpanjangan
2. Kajian membuktikan dengan hanya 2 biji pisang sahaja sudah mencukupi untuk tenaga bagi 90 minit (1 1/2jam) senaman bina badan.
3. Pisang juga berupaya membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar penyakit dan pertahanan badan jika ia dijadikan makanan kemestian diet anda.
4. Membantu mengurankan stress. Pisang mengandungi Tryptophan, sejenis protin yang mana badan anda akan menukarnya menjadi Serotonin. Serotonin adalah hormone yang merangsang anda menjadi tenang, meningkatkan mood dan secara amnya serotonin membuat anda gembira.
5. Membantu mengurangkan Anemia. Zat besi yang tinggi dalam pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu mengurangkan kes anemia (kurang darah merah).
6. Menstabil tekanan darah. Buah-buahan tropika unik ini potassium tapi rendah garam, menjadikan ia sempurna untuk menurunkan tekanan darah, sekali gus mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok.
7. Merangsang kekuatan minda. Kajian telah membuktikan bahawa buah yang lengkap dengan Potassium ini sangat mencerdaskan dan menajamkan kepekaan minda.
8. Menelak sembelit. Serat yang tinggi didalam pisang membantu memulihkan pencernaan dan usus yang normal dan mengelak sembelit.
9. Memulih tenaga. Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan memblender pisang bersama susu dan madu. Pisang menenangkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi anda.
10. Mengurang pedih ulu hati. Pisang bertindak sebagai agen anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan pisang untuk mengurangkannya.
11. Mengurangkan alahan (Morning Sickness). Menjadikan pisang sebagai pembuka selera atau pembasuh mulut sebelum makan, akan membantu mengimbangi kadar gula dalam badan dan ini dapat mengelakkan anda loya dan pening pening waktu pagi khususnya ibu ibu mengandung.
12. Ubat gigitan nyamuk. Jarang orang tahu tapi ia adalah benar. Sebelum menyapu krim Mopiko, cuba sapukan dulu kulit pisang (bahagian dalam kulit pisang) Cara ini adalah tradisi orang Chile bagi mengurangkan bengkak dan kerengsaan dari gigitan nyamuk dan serangga kecil.
13. Mengurangkan debaran. Orang Kelantan panggil kenaleng. Pisang yang kaya dengan vitamin B berupaya membantu menenangkan jantung yang sering berdebar.
14. Membantu pesakit Ulser Usus. Pisang baik digunakan sebagai makanan pengidap Ulser Usus kerana ia berserat dan lembut. Ia adalah buahan boleh disediakan walaupun pengidap yang kronik. Ia juga meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan dalam usus.
15. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai empat kali ganda protein, dua kali karbohidrat, tiga kali fosforus, lima kali vitamin A dan zat besi, dan dua kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik.
16. Ketika ditanya tentang diet Salustiano Sanchez-Blazquez iaitu lelaki tertua yang memegang Guinness World Records menjawab ia selalu makan pisang sebiji setiap hari.

- Sumber: Eyes Popping
 
As salamu'alaikum shbt yg di kasihi. Utk sembelih binatang kita perlukan pisau yg tajam. Justeru, pisau kena di asah selalu agar sentiasa tajam. Utk bekerja dgn cemerlang, kita perlukan MINDA YG TAJAM. Apa usha kita utk tajamkan minda? Tip tajamkan minda:
 
1.Jaga solat & baca Quran,
2.Solat istikharah tiap mlm, 
3.Baca Surah Al Insyirah & doa penerang hati yg lain, 
4.Baca Doa Pembuka 12 pintu & Do...a Pelindung sifat negatif,
5. Baca Doa mula kerja & Doa akhir kerja,
6. Wacana intelektual dgn golongan ilmuan,
7. Membaca buku berkaitan kerjaya & aspek umum,
8. Makanan seimbang yg merangsang minda,
9. Lakukan exercise secara berkala utk sihat fizikal & mental,
10.Berkawan dgn org2 yg positif & bijaksana,
11. Byk bertanya & minta nasihat drp org yg alim,
12. Azam utk buat yg terbaik & mampu mencipta sejarah,
13. Sentiasa bertawakkal & redha dgn ketentuan Allah SWT.
 
(Kebanyakan Doa yg di sarankan di atas, ada di FANPAGE Datuk Dr. Fadhilah Kamsah).
Moga Allah sentiasa rahmati kita semua. Aameen, wassalam.

Lindungilah auratmu wahai wanita...


Saturday, November 23, 2013

Hukum Merokok Haram

Semoga pembaca blog ini dirahmati dan dimuliakan oleh Allah s.w.t.
 

Herbalife Products - Nutritional Shake F1

  • Ini ada produk gantian makanan atau dikenali 'MRP-Meal Replacement Product'
  • Rasanya sedap dan mempunyai 5 perisa iaitu Vanilla, Coklat, Strawberi, Cappuciono dan Tropical Fruit.
  • Ianya amat bertenaga dan menghilangkan kelaparan
  • Amat bagus untuk orang yang menghidap asma, arthritis, skin eczema dan masalah lutut

  • Nutrisi seimbang yang ada dalam Shake F1

    
     
    Makanan seharian kita belum tentu akan ada semua khasiat ini.
    Saya ambil Shake F1 ini setiap pagi sarapan dan waktu malam. Waktu makan tengahari makan seperti biasa. Alhamdulillah badan rasa lebih bertenaga disamping dapat mengurangkan berat badan.
     
    Kalau nak cuba boleh CALL/PM/WHATSAPP saya 013-9815337

    Berzikir Dengan Tangan Kanan

    Assalamualaikum
    Alternatif jika tiada tasbeh. Rasulullah berzikir dengan tangan kanannya. Jom berzikir....

    Saturday, November 16, 2013

    Kenapa......

    Assalamualaikum

    1-KENAPA AKU DIUJI?

    Surat Al-Ankabut: 2-3. “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami   telah menguji orang-orang  sebelum mereka, maka  sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”

    2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

    Surah Al-Baqarah ayat 216. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah  mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

    3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

    Surah Al-Baqarah ayat 286. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

    4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?

    Surah Al-Imran ayat 139. “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

    5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!!

    Surah Yusuf ayat 87. “Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."

    6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?

    Surah Ali-Imran ayat 200. “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung.”

    7-APA JAWAPANNYA?

    Surah Al-Baqarah ayat 45-46. ”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat  kecuali  bagi orang-orang  yang khusyuk,  (yaitu)  mereka  yang  yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.”

    8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?

    Surah Ali-Imran: 173. “Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

    9-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

    Surah At-Taubah ayat 129. “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”

    Salam Aidilfitri dari Perantauan #rayadirumah #stayathome #staysafe