Tuesday, February 24, 2009

Majlis Pelancaran Projek Gemilang SPM & PMR 2009





























Jamuan Jabatan Sains


































Pada 6 Februari 2009, jabatan sains telah mengadakan jamuan sempena menyambut Hari Lahir guru dan kakitangan di jabatan ini (Makan laksa dan kek coklat.... best). Jamuan ini juga bersempena dengan tamatnya perkhidmatan guru ganti Cik Arni menggantikan Puan Yuslinda yang cuti bersalin. Guru yang menyambut hari lahir pada bulan Januari dan Februari ialah Saya sendiri (Blogger Hafizan) (3/1), Yuslinda (25/1), Hisham (30/1), Kak Zana (31/1), Diha (11/2) dan Ketua Jabatan Sains, Kak Aslenda (24/2) dan juga PAR Makmal Aishah. Siap potong kek lagi. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amen......

Thursday, January 29, 2009

Majlis Hi Tea @MS Garden, Kuantan










Majlis ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang mendapat Anugerah Pengetua bagi keputusan peperiksaan Semester 2, 2009. Majlis ini berlangsung pada 21 Januari yang lepas. 3 buah bas pergi sana, makan best-best tau. TAHNIAH cikgu ucapkan kepada semua. Teruskan MOMENTUM 3.5 and above.......




Selamat Kembali.....

Assalamualaikum w.r.t.
Apa khabar semua? Dah lama cikgu tak update blog ini. Sejak cuti hinggalah buka sekolah ada jer perkara-perkara yang kena buat. Sibuk memanjang rasanya. Kenbelakangan ini banyak peristiwa-peristiwa penting telah berlaku. Peperangan di Palestin... kesian mereka. Al-fatihah untuk saudara-saudara Islam kita di sana baik yang telah terkorban dan masih hidup dalam kesengsaraan. Jahanam ISRAEL!!!!!!! Semoga Allah s.w.t. melindungi dan memberi rahmat kepada mereka.
Cikgu tak mampu untuk pergi berperang, derma sikit-sikit untuk sumbangan bolehlah. Tapi cikgu akan berjuang di sini untuk pelajar-pelajar cikgu berjihad dalam menuntut ilmu supaya masa depan nanti kita tak akan mudah diporak perandakan oleh kuasa JAHAT BARAT. Selain itu cikgu berharap pelajar-pelajar cikgu pun macam tu. DOA, SOLAT HAJAT dan BACAAN AL QURAN itulah tambatan kita dengan yang MAHA ESA.

Monday, November 3, 2008

Astaghfirullah

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang dudukbersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke alam masjiddengan menangis.Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda punberkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orangmuda itu,"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidakada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.

"Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah mengikuti orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat punpergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T,kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu,"Sebenarnya ayahku ini tidak mau mengerjakan shalat."Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,lihatlahkeadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan bangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka coba membunuh ular itu. Apabila mereka coba untuk membunuh ular itu, maka berkata ulartersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammad Rasulullah, mengapakahkamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya,"Apakah kesalahan yang telah dilakukan olehmayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya:

1. Apabila dia mendengar azan dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mau keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mau mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Sunday, November 2, 2008

SPM makin hampir.........

SPM 2008 tinggal 7 hari lagi....
Macam mana persediaan calon-calon spm 2008 ni... dah bersedia ke belum,
sedia atau tak jangan panik teruskan momentum, jangan sesekali mengalah.
Ingat usaha itu penting dan doa juga penting.
DOA ITU PENTING.
Janganlah melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu tumpuan anda.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2008
'PHYSICS IS EASY'
***25 Nov. 2008 : 4531***

Thursday, October 30, 2008

Majlis Kesyukuran Kenaikan Pangkat Ustaz Hafizi


30hb Oktober 2008, Unit Asrama telah mengadakan majlis kesyukuran sempena kenaikan pangkat guru asrama Ustaz Hafizi menjadi Ketua Jabatan DG44 di Kolej Profesional MARA, Kuantan, Pahang. Pada masa yang sama kami turut meraikan kenaikan pangkat Ustaz Ikhwan sebagai Timbalan Pengetua di MRSM Alor Gajah, Melaka. Tahniah kepada mereka berdua, walaupun pada masa yang sama sedih bila mengenangkan kehilangan guru asrama yang berdedikasi. Walaubagaimanapun selamat bertugas di tempat baru kepada kedua-dua ustaz ini.




Salam Aidilfitri dari Perantauan #rayadirumah #stayathome #staysafe