Monday, November 3, 2008

Astaghfirullah

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang dudukbersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke alam masjiddengan menangis.Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda punberkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orangmuda itu,"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidakada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.

"Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah mengikuti orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat punpergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T,kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu,"Sebenarnya ayahku ini tidak mau mengerjakan shalat."Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,lihatlahkeadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan bangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka coba membunuh ular itu. Apabila mereka coba untuk membunuh ular itu, maka berkata ulartersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammad Rasulullah, mengapakahkamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya,"Apakah kesalahan yang telah dilakukan olehmayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya:

1. Apabila dia mendengar azan dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mau keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mau mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Sunday, November 2, 2008

SPM makin hampir.........

SPM 2008 tinggal 7 hari lagi....
Macam mana persediaan calon-calon spm 2008 ni... dah bersedia ke belum,
sedia atau tak jangan panik teruskan momentum, jangan sesekali mengalah.
Ingat usaha itu penting dan doa juga penting.
DOA ITU PENTING.
Janganlah melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu tumpuan anda.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2008
'PHYSICS IS EASY'
***25 Nov. 2008 : 4531***

Thursday, October 30, 2008

Majlis Kesyukuran Kenaikan Pangkat Ustaz Hafizi


30hb Oktober 2008, Unit Asrama telah mengadakan majlis kesyukuran sempena kenaikan pangkat guru asrama Ustaz Hafizi menjadi Ketua Jabatan DG44 di Kolej Profesional MARA, Kuantan, Pahang. Pada masa yang sama kami turut meraikan kenaikan pangkat Ustaz Ikhwan sebagai Timbalan Pengetua di MRSM Alor Gajah, Melaka. Tahniah kepada mereka berdua, walaupun pada masa yang sama sedih bila mengenangkan kehilangan guru asrama yang berdedikasi. Walaubagaimanapun selamat bertugas di tempat baru kepada kedua-dua ustaz ini.




Majlis Restu SPM 2008
















Pada 23 Oktober 2008, MRSM Muadzam Shah telah mengadakan Majlis Restu. Antara acara yang telah diadakan ialah Solat Hajat yang diimamkan oleh bekas pengetua MRSM Muadzam Shah yang pertama Ustaz Wan Yusof. Selain itu ada majlis khatam Quran dan ucapan dari wakil pelajar (Presiden BWP), wakil guru (Ustaz Ikhwan) dan wakil ibubapa (En. Mohamad - YDP Muafakat). Kepada semua pelajar-pelajar calon SPM 2008, cikgu restui segala ilmu yang telah cikgu ajar dan jangan lupa doa sentiasa kepada Allah s.w.t.





Unit Fizik MRSM Muadzam Shah 2008


Kami dari Unit Fizik MRSM Muadzam Shah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin


Monday, October 27, 2008

Majlis Aidilfitri MRSM Muadzam Shah
















SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari warga MRSM Muadzam Shah.

Majlis telah disambut pada 18 Syawal 1429 bersamaan 18 Oktober 2008 di Dewan Budiman. Meriah sungguh dengan persembahan pelajar, makanan yang banyak dan pelajar-pelajar cikgu yang comel-comel dan hensem-hensem belaka.

Sunday, October 12, 2008

Jamuan Raya BLOK ASPURA F, G dan H






Pada 11 oktober malam tu, blok aspura F, G dan H telah mengadakan jamuan raya. Besar jugak jamuan ni sebab membabitkan modal yang besar dan jugak kuantiti lauk yang banyak. Cikgu dan guru-guru asrama yang lain telah dijemput pada malam tu....TQ. Dari sumber yang boleh dipercayai, katanya Ayam 34 ekor, Daging 15 Kg dan Kerang 20 Kg. Menu malam tu adalah ayam bakar, daging bakar, kerang bakar dan jugak nasi goreng (nasib baik bukan nasi bakar....hehehe...). Chefnya Cikgu Khairul Azhar kan Terima kasih daripada cikgu kepada semua ahli blok F, G dan H. Strive 4 all As.

Salam Aidilfitri dari Perantauan #rayadirumah #stayathome #staysafe