Kelebihan Pisang Yang Anda Tidak Tahu.
1. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi: sukros, fructose, dan glukos yang tergabung dengan serat. Pisang membekal tenaga segera yang tinggi dan berpanjangan
2. Kajian membuktikan dengan hanya 2 biji pisang sahaja sudah mencukupi untuk tenaga bagi 90 minit (1 1/2jam) senaman bina badan.
3. Pisang juga berupaya membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar penyakit dan pertahanan badan jika ia dijadikan makanan kemestian diet anda.
4. Membantu mengurankan stress. Pisang mengandungi Tryptophan, sejenis protin yang mana badan anda akan menukarnya menjadi Serotonin. Serotonin adalah hormone yang merangsang anda menjadi tenang, meningkatkan mood dan secara amnya serotonin membuat anda gembira.
5. Membantu mengurangkan Anemia. Zat besi yang tinggi dalam pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu mengurangkan kes anemia (kurang darah merah).
6. Menstabil tekanan darah. Buah-buahan tropika unik ini potassium tapi rendah garam, menjadikan ia sempurna untuk menurunkan tekanan darah, sekali gus mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok.
7. Merangsang kekuatan minda. Kajian telah membuktikan bahawa buah yang lengkap dengan Potassium ini sangat mencerdaskan dan menajamkan kepekaan minda.
8. Menelak sembelit. Serat yang tinggi didalam pisang membantu memulihkan pencernaan dan usus yang normal dan mengelak sembelit.
9. Memulih tenaga. Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan memblender pisang bersama susu dan madu. Pisang menenangkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi anda.
10. Mengurang pedih ulu hati. Pisang bertindak sebagai agen anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan pisang untuk mengurangkannya.
11. Mengurangkan alahan (Morning Sickness). Menjadikan pisang sebagai pembuka selera atau pembasuh mulut sebelum makan, akan membantu mengimbangi kadar gula dalam badan dan ini dapat mengelakkan anda loya dan pening pening waktu pagi khususnya ibu ibu mengandung.
12. Ubat gigitan nyamuk. Jarang orang tahu tapi ia adalah benar. Sebelum menyapu krim Mopiko, cuba sapukan dulu kulit pisang (bahagian dalam kulit pisang) Cara ini adalah tradisi orang Chile bagi mengurangkan bengkak dan kerengsaan dari gigitan nyamuk dan serangga kecil.
13. Mengurangkan debaran. Orang Kelantan panggil kenaleng. Pisang yang kaya dengan vitamin B berupaya membantu menenangkan jantung yang sering berdebar.
14. Membantu pesakit Ulser Usus. Pisang baik digunakan sebagai makanan pengidap Ulser Usus kerana ia berserat dan lembut. Ia adalah buahan boleh disediakan walaupun pengidap yang kronik. Ia juga meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan dalam usus.
15. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai empat kali ganda protein, dua kali karbohidrat, tiga kali fosforus, lima kali vitamin A dan zat besi, dan dua kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik.
16. Ketika ditanya tentang diet Salustiano Sanchez-Blazquez iaitu lelaki tertua yang memegang Guinness World Records menjawab ia selalu makan pisang sebiji setiap hari.
- Sumber: Eyes Popping