Malaysia merdeka. Bagaimana dengan kita merdekakkah kita dari segalanya. Cikgu harap kita semua akan cuba memerdekakan diri kita dari segala sifat-sifat buruk kearah kebaikan.
Di sekolah cikgu, pada malam ambang 31 ogos 2008 telah mengadakan sambutan kemerdekaan. Untuk menghayatinya kami malam tu makan makanan pada zaman sebelum merdeka (agaknya.....) Lihatlah gambar juadah tu, ada pisang rebus, pulut tanak, ikan kering dan ubi rebus. Anak-anak homeroom cikgu belasah jer semua ni..... best dia orang cakap..... First time rasa juadah macam ni.....
Pada detik 12 kami sama-sama melaungkan MERDEKA! bersama-sama dengan Pengetua dan Timbalan-timbalan pengetua sekolah. Patriotik betullah mereka ni.....
SELAMAT BERPUASA DAN MERDEKA DARI SEGALA NAFSU